Penelitian secara ilmiah Santau

  • Santau secara umumnya hanyalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh musuh. Racun moden adalah lebih berkesan dan mampu membunuh dengan lebih pantas.[13]
  • Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau ke dalam paru-paru yang lembab dan dengan itu mampu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan. Hal ini mengakibatkan keadaan seperti Mesothelioma atau Penyakit Asbestosis.[14], [15]
  • Kemungkinan jampi yang digunakan merupakan satu cara menjelaskan bagaimana santau bertindak. Hal ini disebabkan pengamal santau silam tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan santau mampu membunuh mangsa, dengan itu menggunakan jampi dan mentera sebagai cara penjelasan bagaimana santau mampu membunuh[perlu rujukan].

Antara dua ikon dalam ilmu santau di Malaysia ialah, Dr Harun Din[16] dan Dr Amran Kasimin[perlu rujukan].

Rujukan

WikiPedia: Santau http://safety.chemistry.unimelb.edu.au/cyanide.php http://books.google.com.my/books?id=4RjV5sR5wrcC&p... http://books.google.com.my/books?id=4RjV5sR5wrcC&p... http://books.google.com.my/books?id=I2GcvFwaoJkC&p... http://books.google.com.my/books?id=IINMY97a4l4C&p... http://books.google.com.my/books?id=K5xkAAAAMAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=M1DVAAAAMAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=MKQ1AAAAIAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=TtYS464qMuAC&p... http://books.google.com.my/books?id=eZluAAAAMAAJ&q...